Debaran di dalam bulan February pada tahun 2012 ini amat mengetarkan jiwa dan meruntun perasaan aku. bukan disbbkan kecewa atau cerita2 sedih,tp penuh dgn perkara yg membuat aku tersenyum. kerna rezeki aku boleh dikatakan mencurah curah masuk. Tak lah sampai terus jadi mewah atau kaya raya, tp boleh dikatakan aku mula kecapi pancapaian yg membanggakan diri aku sendiri. Mungkin org lain pandang biasa atas aper yg berlaku pada aku. Tapi bagi aku secara peribadi ia adalah sesuatu yg amat amatttttt membanggakan .
kini aku tersenyum lebar...tiada lagi masalah peribadi melibatkan org lain. aku fokus pada diri sendiri. majukan diri sendiri..kini dlm masa yg singkat aku kecapi aper yg aku inginkan. pelbagai kejutan akan berlaku pada bulan ini..dari segi kerjaya...aset..dan yg paling penting keluarga aku.
aku terpikir jika aku dr dulu mcm ni..mungkin aku lebih maju dan mara ke hadapan lebih jauh di puncak. tp aku redha atas smua yg telah terjadi,mayb ada hikmah dan pengajaran yg ingin disampaikan olehNya kepada aku.
dulu aku sia sia kan diri aku dan sibuk majukan dan membantu org lain utk maju, aku ingat aku akan sama sama dibawa ke puncak ke jayaan,tp bila kesenangan dikecapi oleh insan itu, keselesaan hidup,wang ringgit, nama dikenali ,insan itu mula lupa diri dan menghalau aku bagai anjing kurap di tepi jalan. pelbagai kata2 hina dan kesat diberikan pada aku dgn kata2 yg penuh dgn isi tersirat. aku dituduh dgn pelbagai tohmahan walau smua itu adalah dusta belaka demi mengaburi dan menutup kesalahan diri insan tersebut. aku hanya mampu terdiam,tertunduk menitiskan airmata. walau aku telah disakiti ditipu,diperlaku seperti org asing,aku relakan smua itu...smua salah aku walhal aku dh nmpk smua itu tp masih bodoh mengharap sesuatu yg pasti bukan milik aku.aku sedar aku dipergunakan tp entah aper yg merasuk diri aku utk terus disitu...tp aku redha...jika itulah takdirnya aku terima.aku mendoakan yg terbaik utk diri insan itu dgn aper yg dia kecapi skrg. kini pelbagai cerita aku dengar ttg insan itu smua bukanlah perkara yg baik,tp yg pasti dia tidak berubah langsung,kini insan lain menjadi mangsa seperti mana aku telah diperlaku kan seperti dahulu. mungkin skrg dia tidak sedar aper yg dia lakukan itu adalah salah, dan yakinlah pasti akan ada balasan tiap2 aper yg kita lakukan.hidup ini karma..jika baik akan dibalas baik..tp jika buat jahat pasti akan dibalas jahaat semula. percayalah balasan akan diterima sama ada cepat atau lmbt.
Kini aku bersyukur atas nikmat yg diberi..hidayah yg diberi. bkn nk riak atau membangga diri, tp sekadar ingin berkongsi pengalaman dan juga nasihat kpd diri aku sendiri semoga kita dijauhi drp insan seperti ini dan yg penting hasil yg dpt itu mestilah dgn cara yg btol dan halal. jika dgn cara yg salah,menipu dan mempergunakan org lain utk kepentingan diri sendiri walau byk mana pon kita dapat tetap x berkat dan x akan pernah mencukupi. walau x byk mana kita dpt,tp hasil yer berkat dan x putus2 rezeki masuk..sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment