Ya, memang benar. Orang Mukmin lelaki atau perempuan yang meninggal dunia pada hari Jumaat sama ada di waktu malam harinya atau siangnya, akan terlepas daripada azab kubur.
Rasulullah SAW ada bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, diangkatlah daripadanya akan azab kubur.”
*lihat buku “Tanqih al-Qaul” oleh Muhammad bin Umar Nawawy.
Sabda Rasulullah SAW dalam riwayat yang lain, maksudnya:
“Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, nescaya dituliskan oleh Allah baginya pahala syahid, dipelihara daripada seksa kubur, dengan syarat dia beriman.”
*lihat buku “AL-Ihya’) karangan Imam al-Ghazali..
P/S : Teringat pada Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35am(dh masuk hari jumaat) malam tadi di Hospital Selayang.
Adakah arwah tergolong drp golongan yg terlepas dr siksaan kubur??..
Kita bersama sama lah berharap dan berdoa agar kita tergolong dlm golongan ini..dan perbanyakan kan lah amalan kita...Al-Fatihah untuk arwah Din Beramboi moga roh beliau dicucuri rahmat..amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment